Friday, 1 May 2015

KEJAYAAN TABIKA KEMAS TAMAN SUKMA
Kejayaan memasyarakatkan sesebuah tabika  itu sangat bergantung kepada sejauh mana peranan, fungsi, kemanpuan ibubapa, matlamat, objektif, kurikulum, aktiviti-aktiviti yang dijalankan, keceriaan serta kecemerlangan sesebuah tabika tersebut dapat menarik minat masyarakat disekelilingnya dan mengubah masyarakat kepada cenderung untuk menghantar anak-anak mereka ke TABIKA KEMAS Taman Sukma.
Antara peranan dan cadangan yang perlu dilakukan untuk memasyarakatkan tabika kearah cemerlang ialah  menyusun struktur kerja TABIKA KEMAS Taman Sukma. Salah satu ciri kejayaan sesebuah tabika untuk menjadi pusat pendidikan awal kanak-kanak yang menjadi pilihan utama masyarakat adalah terletak pada jawatankuasa kerja yang dinamik dan berkaliber. Melalui jawatankuasa kerja akan memberi peluang kepada masyarakat untuk sama-sama mengambil bahagian dalam pelbagai perbincangan terhadap apa jua jenis permasalah yang timbul samada ketidakpuashati masyarakat terhadap pengurusan tabika ataupun melibatkan pencapaian akademik serta masalah murid. Mereka akan berbincang dengan bertolak ansur tentang cara-cara untuk mendapatkan penyelesaian. Oleh itu berdasarkan laporan perbincangan ibubapa dapat mengenal pasti apa punca masalah dan permasalahan yang melibatkan anak-anak mereka. Disini masyarakat mula sedar bahawasanya bukan sahaja pihak tabika sahaja yang patut di persalahkan dan mereka juga perlu mengambil bahagian dalam menyelesaikan masalah. Oleh itu, apabila semua pihak dapat memainkan peranan maka hubungan antara kedua-dua entiti ini akan bertambah rapat dan baik kerana masing-masing saling bergandingan antara satu sama lain kearah matlamat yang sama. Toleransi amat penting dalam sesuatu perhubungan di mana setiap permasalahan mestilah dibawa berbincang supaya keputusan nanti tidak menyinggung mana-mana pihak. Sekiranya ada ketidakpuashati maka mereka boleh mengemukan cadangan semula untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci. Dengan ini sifat hormat-menghormati amatlah penting bagi kedua-dua belah pihak. Hasil dari cadangan penyelesaian hendaklah diterima dengan hati yang terbuka kerana ini adalah cadangan yang dipersetujui. Selalunya cadangan ini akan diterima oleh semua pihak sekiranya boleh mendatangkan kebaikan kepada masa depan murid-murid serta dapat membaiki kesilapan mereka.
Disamping ini juga cadangan yang dapat memupuk perhubungan Tabika dengan masyarakat adalah dengan mengadakan aktiviti-aktiviti penglibatan ibu bapa, masyarakat, guru dan murid-murid. Ibu bapa dan masyarakat digalakkan melibatkan diri secara aktif melalui kerjasama yang  erat sebagai  rakan kongsi dengan Tabika bagi tujuan meningkatkan kualiti dan kecemerlangan pendidikan anak-anak. Penglibatan dapat ditakrifkan sebagai usaha bersama-sama atau saling bantu membantu antara beberapa pihak. Penglibatan ibubapa dan masyarakat dalam pendidikan murid-murid dapat meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan membantu mengekalkan kejayaan serta mengeratkan tali silaturahim antara ibu bapa, masyarakat, murid-murid dan guru. Oleh yang itu Jawatankuasa  dan guru hendaklah bijak untuk merancang sesuatu aktiviti yang kreatif dan berfaedah yang boleh melibatkan semua pihak masyarakat. Aktiviti penglibatan ini dapat memberi kebaikan kepada murid-murid, guru-guru, ibu bapa dan masyarakat sendiri.
Antara kebaikan penglibatan ini kepada murid-murid adalah mereka dapat melihat peranan ibubapa yang berbeza iaitu sebagai guru. Murid-murid dapat berkenal mesra, bersoal jawab dengan orang dewasa berkenaan sesuatu pengalaman ataupun pengetahuan kerana ibu bapa datang daripada pelbagai latar belakang pekerjaan dan murid-murid dapat lebih perhatian daripada orang dewasa ketika menjalankan aktiviti kumpulan di mana nisbah kanak-kanak berbanding dengan orang dewasa adalah kecil.
Kebaikan penglibatan kepada guru adalah guru akan mendapat buah fikiran dan maklum balas secara terus daripada ibubapa apabila hendak menjalankan aktiviti. Guru dapat berkongsi masalah dan bersoal jawab bagi meningkatkan perkembangan murid-murid serta menjadi perhubung antara ibu bapa, masyarakat dan sekolah, dengan ini guru dapat belajar dan meningkatkan pengetahuan hasil interaksi yang mempunyai pelbagai latar belakang pekerjaan dan pendidikan serta dapat sokongan dalam setiap aktiviti yang dijalankan terutama yang melibatkan tenaga dan bantuan kewangan.
Kebaikan penglibatan kepada ibu bapa dan masyarakat pula adalah ibu bapa dan masyarakat dapat melihat sendiri tingkalaku anak disekolah dan berpeluang mempelajari cara atau kaedah guru mengatasinya. Mereka lebih memahami kurikulum dan aktiviti yang dipelajari dan boleh menyambung aktiviti susulan ataupun aktiviti rangsangan serta dapat bersoal jawab, berkongsi masalah dan meningkatkan ilmu pengetahuan.
Antara cadangan aktiviti-aktiviti penglibatan ibu bapa, masyarakat, murid-murid dan guru adalah seperti membuat perjumpaan. Perjumpaan ibu bapa boleh dibahagi kepada 3 kategori, iaitu diperingkat awal, pertengahan dan akhir tahun. Peringkat awal perjumpaan dilakukan pada sesi awal persekolah yang bertujuan untuk guru menerangkan hal-hal berkenaan tabika, kakitangan, kurikulum, aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan pengurusan fizikal tabika. Peringkat pertengahan pula bertujuan untuk ibu bapa dan guru boleh berbincang berkenaan perkembangan murid-murid berdasarkan penilaian secara berterusan yang dijalankan oleh guru dan pada peringkat akhir perjumpaan bertujuan memnbincangkan aktiviti penyampaian sijil, kelas penggukuhan akhir tahun dan sebagainya boleh diusahakan, usaha ini dapat mendekatkan masyarakat dengan Tabika.
Jawatankuasa Tabika dan guru juga boleh merancangkan mengadakan Bengkel keibubapaan dimana bengkel ini bertujuan untuk meningkat pengetahuan, berkongsi ilmu dan pendapat serta memberi pendedahan kepada ibu bapa dan masyarakat tentang pentingnya pendidikan awal kanak-kanak, perkembangan awal kanak-kanak, makanan seimbang, keselamatan dan kesihatan serta membantu memperkukuhkan pendidikan anak-anak dirumah supaya terdapat kesinabungan pendidikan antara tabika dan rumah, termasuk membantu guru membina bahan bantu mengajar untuk guru. Dalam bengkel ini kita boleh melibatkan agensi-agensi luar seperti Pegawai Kesihatan, Pegawai Pendidikan, Pegawai Pertahanan atau Bomba dan sebagainya untuk menyampaikan ceramah yang berkaitan dengan bengkel.
Selain daripada itu, aktiviti yang juga memerlukan penglibatan ibu bapa, masyarakat, murid-murid dan guru adalah membantu guru dalam aktiviti kokurikulum seperti Hari Potensi, sukaneka, lawatan, Majlis Konvokesyen dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian dengan masyarakat setempat. Bagi Hari Potensi adalah bertujuan mengasah bakat yang ada pada murid-murid dan melalui aktiviti ini juga diharap dapat meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak apabila berhadapan dengan orang ramai. Acara bagi program ini seperti bercerita, Story Telling, Berpidato, tilawah Al Quran, Berteater ,Boneka Tangan, Reka Cipta, Tarian, Bola Jaring, Futsal, Gerak Kreatif dan Silat. TABIKA KEMAS Taman Sukma bergiat aktif setiap tahun untuk turut serta dalam Program Hari Potensi dengan ini kelas tarian dan silat telah ditubuhkan. Kelas-kelas ini mendapat sambutan yang merangsangkan, kerjasama ibu bapa dan masyarakat dalam membantu guru bagi melibatkan diri dalam melatih serta menyediakan keperluan untuk pertandingan, menampung kos pembelanjaan dan sebagainya amatlah menggalakkan. Pada tahun 2010 murid-murid TABIKA KEMAS Taman Sukma dibawah bimbingan saya dan guru-guru TABIKA KEMAS Taman Sukma serta bantuan daripada Jawatankuasa Tabika, ibu bapa dan masyarakat telah berjaya mewakili TABIKA-TABIKA  KEMAS Negeri Sarawak keperingkat Kebangsaan Hari Potensi TABIKA-TABIKA KEMAS  di Politeknik Tanjung Malim Perak dalam acara tarian dan pada tahun 2013 sekali lagi murid-murid TABIKA KEMAS Taman Sukma telah berjaya mewakili TABIKA-TABIKA  KEMAS Negeri Sarawak keperingkat Kebangsaan Hari Potensi TABIKA-TABIKA KEMAS di UITM Merbuk Kedah dalam acara Silat dan mendapat tempat ketiga. Kejayaan ini adalah berkat kerjasama daripada murid-murid, guru-guru, ibu bapa, masyarakat, Yang Berhormat serta Jabatan KEMAS. Dengan kejayaan-kejayaan ini telah menambah minat ibu bapa dan masyarakat untuk menghantar anak-anak mereka ke Tabika kami selain itu dengan mengadakan aktiviti-aktiviti seperti sukaneka, lawatan, Majlis Konvokesyen dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian dengan masyarakat setempat juga memberi kesan kepada kecenderungan untuk menghantar anak-anak ke Tabika ini.
Perkongsian juga perlu dalam memasyarakatkan Tabika dan ia juga memerlukan penglibatan semua masyarakat. Iltizam atau komitmen untuk membina perkongsian bermaksud perkongsian ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam usaha memenuhi keperluan setiap murid serta keperluan keluarga. Perkongsian dapat memberi banyak kebaikan kepada semua dalam kecemerlangan sesebuah Tabika. Untuk memastikan pencapaian akademik mahupun pengurangan masalah disiplin, Tabika dan masyarakat perlulah bersedia untuk berkongsi idea, tenaga, dan ilmu untuk mendapatkan penyelasaian kerana kita juga tahu golongan masyarakat juga terdiri dari pelbagai jenis bidang profession. Jadi bagi yang berkhimat dalam bidang profesional contohnya peguam. doktor. jurutera dan lain-lain lagi sudah semestinya idea-idea yang dikemukan sedikit sebanyak dapat membantu pihak Tabika untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Terdapat berbagai cara bagaimana perkongsian ibu bapa, masyarakat dan guru dapat dilaksanakan iaitu dengan membantu guru mengajar atau membuat demonstrasi dalam aktiviti lukisan dan kraftangan, masakan, muzik dan nyanyian, bercerita, berbincang menyediakan alat bantu mengajar, menyediakan sudut-sudut pembelajaran serta membantu menyelaras program yang berkaitan dengan masyarakat serta menyediakan program menceriakan serta meningkatkan keindahan, keselamatan dan kebersihan dan keceriaan Tabika melalui aktiviti gotong-royong, sumbangan kewangan dan bahan untuk mengindahkan lanskap Tabika.
            Tabika juga hendaklah melibatkan diri secara aktif dalam program yang dianjurkan oleh masyarakat setempat seperti turut serta dengan aktiviti anjuran AJK Masjid, JKKK Kampung, PBB, pihak Kesihatan dan sebagainya bertujuan merapatkan hubungan silaturahim,  bertukar-tukar fikiran dan maklumat, bekerjasama dalam masyarakat dan sebagainya.
Tidak dapat dinafikan lagi sekolah dan masyarakat adalah saling memerlukan diantara satu sama lain dalam apa jua bentuk bagi melahirkan golongan cerdik pandai yang bakal memimpin negara kelak dimana percapaian murid-murid bukan sahaja bergantung kepada prestasi Tabika tetapi banyak juga dipengaruhi oleh cara hidup murid-murid serta kegiatan pertubuhan didalam masyarakatnya. Ibu bapa dan masyarakat merupakan pengaruh sosial yang besar terhadap percapaian persekolahan anak-anak mereka. Anspirasi dan harapan ibu bapa dan masyarakat terhadap masa depan anak-anak mereka memainkan peranan penting untuk mendorong anak-anak mereka supaya berusaha lebih giat lagi untuk mencapai prestasi yang tinggi, baik didalam bidang akademik mahupun didalam bidang  kokurikulum. Begitu juga dengan sesebuah Tabika memainkan peranan yang penting bagi melahirkan murid-murid yang cerdik dan cemerlang dimana guru yang mempunyai aspirasi tinggi akan berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan percapaian persekolahan murid-muridnya seperti menjalankan tugas dengan sempurna, menguruskan sekolah dengan baik, kemas dan sistematik, berusaha menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang lengkap. Dibawah bimbingan guru yang baik, berpengalaman dan berdedikasi, murid-murid tentu akan dapat kejayaan dan kemajuan dalam pelajaran serta dalam penglibatan kokurikulum mereka.
Kegiatan pertubuhan sesebuah Tabika juga memainkan peranan yang besar terhadap kejayaan aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dijalankan untuk meningkatkan kejayaan murid-murid. Jawatankuasa yang aktif boleh memberi sumbangan untuk meningkatkan percapaian murid-murid dengan menganjurkan berbagai-bagai aktiviti yang berfaedah seperti pertandingan yang berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum.
Justeru itu, saya rumuskan disini bahawa sekolah dan masyarakat adalah dua entiti yang saling memerlukan dan komplimen antara satu sama lain. Persefahaman dan kerjasama dari semua pihak amatlah diperlukan antara satu sama lain dan bukan hanya bergantung kepada satu pihak sahaja dalam memainkan peranan masing-masing agar dapat mencapai matlamat tertentu.



TABIKA KEMAS Taman Sukma telah ditubuhkan pada tahun 1991 oleh Cikgu Hjh Saripah Salhah Bt Tuanku Hj Fauzi dengan arahan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan persetujuan dari pihak Suruhanjaya Perusahaan Perumahan Sarawak (SPPS) memberi ruang, tempat dan bangunan Tabika tersebut  atas pemintaan masyarakat setempat dan masyarakat berdekatan yang merupakan kawasan perumahan yang baru ketika itu. TABIKA KEMAS Taman Sukma merupakan tabika pertama yang dibuka dikawasan tersebut dan ianya telah menjangkau 24 tahun perkhidmatanya kepada masyarakat Kawasan Perumahan Taman Sukma dan masyarakat yang berdekatan. Terletak bersebelahan dengan Masjid Taman Sukma. Sekitar tahun 1991 hingga 2001 TABIKA KEMAS Taman Sukma  menggunakan atau menumpang bekas bangunan Pejabat Suruhanjaya Perusahaan Perumahan Sarawak (SPPS) sebagai primis untuk menjalankan Program Prasekolah yang hanya dapat menampung seramai 40 orang murid sedangkan pada masa tesebut pemintaan untuk memasuki tabika ini melebihi hadnya.
Atas permintaan dan permohonan yang tinggi untuk memasuki tabika ini, maka dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Suruhanjaya Perusahaan Perumahan Sarawak (SPPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jawatankuasa Surau Taman Sukma, Jawatankuasa TABIKA KEMAS Taman Sukma, masyarakat setempat, masyarakat berdekatan, guru-guru dan ibubapa-ibubapa telah merancang untuk mendirikan bangunan baru TABIKA KEMAS Taman Sukma pada tahun 2001. Bangunan tabika ini  mempunyai 2 buah kelas yang luas  dengan kemudahan yang lengkap mengikut piawai-piawai tabika dan dapat menampung lebih ramai murid-murid. Daripada tahun 1991 hingga 2013, TABIKA KEMAS Taman Sukma telah membimbing murid-murid seramai 1025 orang.
Sekitar tahun 2000 penubuhan Prasekolah-Prasekolah daripada agensi  Kerajaan dan Swasta tumbuh seperti cendawan di kawasan Perumahan Taman Sukma ini. Ini merupakan persaingan yang hebat diantara prasekolah-prasekolah ini. Pemilihan ibu bapa, masyarakat setempat dan masyarakat berdekatan bagi memasuki anak-anak mereka ke prasekolah adalah berpadukan peranan, fungsi, kemanpuan ibubapa, matlamat, objektif, kurikulum, aktiviti-aktiviti, keceriaan dan kecemerlangan prasekolah tersebut.
Pada tahun 2009 saya telah ditempatkan bertugas di TABIKA KEMAS Taman Sukma. Sepanjang tahun ini saya dengan kerjasama Pemaju-Pemaju Masyarakat atau guru-guru dan Pembantu Pemaju Masyarakat Sukarela telah diberi mandat oleh Jabatan KEMAS untuk sama-sama berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik kepada murid-murid kami agar tabika kami tetap menjadi pilihan utama masyarakat setempat dan masyarakat berdekatan untuk menghantar anak-anak mereka ke primis kami memandangan persaingan yang hebat dari prasekolah-prasekolah yang lain. Di TABIKA KEMAS Taman Sukma terdapat 4 buah kelas beroperasi iaitu Kelas A, B, C dan D.

Dibawah adalah senarai Guru-guru atau Pemaju Masyarakat dan Pembantu Pemaju Masyarakat Sukarela yang terlibat dalam Pengajaran dan Pembelajaran di TABIKA KEMAS Taman Sukma Kelas A, B, C dan D.
VISI
Nadi pembangunan dan perubahan  masyarakat luar bandar

MISI
  1. Meningkatkan kompetensi masyarakat luar bandar supaya mampu berdikari untuk meningkatkan  taraf kehidupan dari segi pendidikan, sosial dan ekonomi
  2. Memperkukuhkan organisasi dan masyarakat desa dengan nilai-nilai murni ke arah pembangunan yang seimbang
  3. meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti
  4. memberi kefahaman dan menjayakan perkhidmatan yang berkualiti
  5. memberi kefaham dan menjayakan pelaksanaan dasar-dasar kerjaan
  6. mewujudkan masyarakat berilmu melalui pendidikan sepanjang hayat

OBJEKTIF TABIKA
  1. Menggalakkan Perkembangan Sosial, Emosi, Fizikal, Intelek dan Rohani (SEFIR) kanak-kanak melalui pelbagai pendedahan dan interaksi.
  2. Menyedia dan menggembangkan kemahiran Asas 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul) sebagai persediaan ke alam persekolahan.
  3. Meluaskan pengalaman, peluang belajar dan mengembangkan potensi individu kanak-kanak melalui pengajaran dan pembelajaran yang terancang, sesuai dengan peringkat umur, kemampuan, kebolehan dan minat kanak-kanak.
  4. Membentuk sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotiik
  5. Memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian, kreatif dan mengembangkan sifat ingin tahu.
  6. Menggalakan kecerdasan dan kemudahan fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan dan keselamatan yang baik melalui makanan tambahan yang seimbang, aktiviti fizikal dan rutin harian.
MUTIARA KATA

GURU MAMPU MERUBAH DUNIA
  • Insan bergelar guru menyadang tugas dan tanggungjawab besar sebagai pendidik bangsa. Guru memberi inspirasi dan keyakinan diri yang tidak ternilai buat anak didik. Begitulah peranan guru hingga mampu merubah dunia.

GURU TERBILANG
  • Tidak bersifat keras, kasar, dingin dan suka marah. Namun selalu lembut dan menyayangi murid-muridnya.
  • Menjadi contoh dan teladan yang baik kepada murid, mencintai dan menghormati mereka.
  • Menyediakan persiapan mengajar dan memberi sepenuh perhatian terhadap kecermelangan murid-muridnya
  • Menjauhi permasalahan yang meragukan, sikap cuai dan tidak mengambil berat. Meninggalkan segala bentuk akhlak yang tercela dan hanya yang berakhlak dan terpuji.
TABIKA KEMAS

Kita belajar membaca
Menulis dan mengira
Melukis bersama warna
Di tabika KEMAS kita

Belajar di Tabika kita
Bersama kawan-kawan semua
Guru mengajar dan mendidik
Jadi ceria, cerdas dan cerdik

Kami anak-anak Malaysia
Kamilah pewaris negera
Berusahalah hingga berjaya
Untuk Malaysia yang tercinta!