TABIKA KEMAS Taman Sukma
telah ditubuhkan pada tahun 1991 oleh Cikgu Hjh Saripah Salhah Bt Tuanku Hj
Fauzi dengan arahan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan persetujuan dari
pihak Suruhanjaya Perusahaan Perumahan Sarawak (SPPS) memberi ruang, tempat dan
bangunan Tabika tersebut atas pemintaan
masyarakat setempat dan masyarakat berdekatan yang merupakan kawasan perumahan
yang baru ketika itu. TABIKA KEMAS Taman Sukma merupakan tabika pertama yang
dibuka dikawasan tersebut dan ianya telah menjangkau 24 tahun perkhidmatanya
kepada masyarakat Kawasan Perumahan Taman Sukma dan masyarakat yang berdekatan.
Terletak bersebelahan dengan Masjid Taman Sukma. Sekitar tahun 1991 hingga 2001
TABIKA KEMAS Taman Sukma menggunakan
atau menumpang bekas bangunan Pejabat Suruhanjaya Perusahaan Perumahan Sarawak
(SPPS) sebagai primis untuk menjalankan Program Prasekolah yang hanya dapat
menampung seramai 40 orang murid sedangkan pada masa tesebut pemintaan untuk
memasuki tabika ini melebihi hadnya.
Atas permintaan dan
permohonan yang tinggi untuk memasuki tabika ini, maka dengan kerjasama Jabatan
Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Suruhanjaya Perusahaan Perumahan Sarawak (SPPS),
Jabatan Kerja Raya (JKR), Jawatankuasa Surau Taman Sukma, Jawatankuasa TABIKA
KEMAS Taman Sukma, masyarakat setempat, masyarakat berdekatan, guru-guru dan
ibubapa-ibubapa telah merancang untuk mendirikan bangunan baru TABIKA KEMAS
Taman Sukma pada tahun 2001. Bangunan tabika ini mempunyai 2 buah kelas yang luas dengan kemudahan yang lengkap mengikut
piawai-piawai tabika dan dapat menampung lebih ramai murid-murid. Daripada
tahun 1991 hingga 2013, TABIKA KEMAS Taman Sukma telah membimbing murid-murid
seramai 1025 orang.
Sekitar tahun 2000 penubuhan
Prasekolah-Prasekolah daripada agensi
Kerajaan dan Swasta tumbuh seperti cendawan di kawasan Perumahan Taman
Sukma ini. Ini merupakan persaingan yang hebat diantara prasekolah-prasekolah
ini. Pemilihan ibu bapa, masyarakat setempat dan masyarakat berdekatan bagi
memasuki anak-anak mereka ke prasekolah adalah berpadukan peranan, fungsi,
kemanpuan ibubapa, matlamat, objektif, kurikulum, aktiviti-aktiviti, keceriaan dan
kecemerlangan prasekolah tersebut.
Pada tahun 2009 saya telah ditempatkan
bertugas di TABIKA KEMAS Taman Sukma. Sepanjang tahun ini saya dengan kerjasama
Pemaju-Pemaju Masyarakat atau guru-guru dan Pembantu Pemaju Masyarakat Sukarela
telah diberi mandat oleh Jabatan KEMAS untuk sama-sama berusaha memberi
perkhidmatan yang terbaik kepada murid-murid kami agar tabika kami tetap
menjadi pilihan utama masyarakat setempat dan masyarakat berdekatan untuk
menghantar anak-anak mereka ke primis kami memandangan persaingan yang hebat
dari prasekolah-prasekolah yang lain. Di TABIKA KEMAS Taman Sukma terdapat 4
buah kelas beroperasi iaitu Kelas A, B, C dan D.
Dibawah adalah
senarai Guru-guru atau Pemaju Masyarakat dan Pembantu Pemaju Masyarakat
Sukarela yang terlibat dalam Pengajaran dan Pembelajaran di TABIKA KEMAS Taman
Sukma Kelas A, B, C dan D.
No comments:
Post a Comment