KEJAYAAN TABIKA KEMAS TAMAN SUKMA
Kejayaan
memasyarakatkan sesebuah tabika itu
sangat bergantung kepada sejauh mana peranan, fungsi, kemanpuan ibubapa,
matlamat, objektif, kurikulum, aktiviti-aktiviti yang
dijalankan, keceriaan serta kecemerlangan sesebuah tabika tersebut dapat
menarik minat masyarakat disekelilingnya dan mengubah masyarakat kepada
cenderung untuk menghantar anak-anak mereka ke TABIKA KEMAS Taman Sukma.
Antara
peranan dan cadangan yang perlu dilakukan untuk memasyarakatkan tabika kearah
cemerlang ialah menyusun struktur kerja
TABIKA KEMAS Taman Sukma. Salah satu ciri kejayaan sesebuah tabika untuk
menjadi pusat pendidikan awal kanak-kanak yang menjadi pilihan utama masyarakat
adalah terletak pada jawatankuasa kerja yang dinamik dan berkaliber. Melalui jawatankuasa kerja akan memberi peluang kepada
masyarakat untuk sama-sama mengambil bahagian dalam pelbagai perbincangan
terhadap apa jua jenis permasalah yang timbul samada ketidakpuashati masyarakat
terhadap pengurusan tabika ataupun melibatkan pencapaian akademik serta masalah
murid. Mereka akan berbincang dengan bertolak ansur tentang cara-cara
untuk mendapatkan penyelesaian. Oleh itu berdasarkan laporan perbincangan
ibubapa dapat mengenal pasti apa punca masalah dan permasalahan yang melibatkan
anak-anak mereka. Disini masyarakat mula sedar bahawasanya bukan sahaja pihak
tabika sahaja yang patut di persalahkan dan mereka juga perlu mengambil
bahagian dalam menyelesaikan masalah. Oleh itu, apabila semua pihak dapat
memainkan peranan maka hubungan antara kedua-dua entiti ini akan bertambah
rapat dan baik kerana masing-masing saling bergandingan antara satu sama lain
kearah matlamat yang sama. Toleransi amat penting dalam
sesuatu perhubungan di mana setiap permasalahan mestilah dibawa berbincang
supaya keputusan nanti tidak menyinggung mana-mana pihak. Sekiranya ada
ketidakpuashati maka mereka boleh mengemukan cadangan semula untuk mendapatkan
penjelasan yang lebih terperinci. Dengan ini sifat hormat-menghormati amatlah
penting bagi kedua-dua belah pihak. Hasil dari cadangan penyelesaian hendaklah
diterima dengan hati yang terbuka kerana ini adalah cadangan yang dipersetujui.
Selalunya cadangan ini akan diterima oleh semua pihak sekiranya boleh
mendatangkan kebaikan kepada masa depan murid-murid serta dapat membaiki
kesilapan mereka.
Disamping ini juga cadangan yang dapat memupuk perhubungan Tabika
dengan masyarakat adalah dengan mengadakan aktiviti-aktiviti penglibatan ibu
bapa, masyarakat, guru dan murid-murid. Ibu bapa dan
masyarakat digalakkan melibatkan diri secara aktif melalui kerjasama yang erat sebagai rakan kongsi dengan Tabika bagi tujuan
meningkatkan kualiti dan kecemerlangan pendidikan anak-anak. Penglibatan
dapat ditakrifkan sebagai usaha bersama-sama atau saling bantu membantu antara
beberapa pihak. Penglibatan ibubapa dan masyarakat dalam pendidikan murid-murid
dapat meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan membantu
mengekalkan kejayaan serta mengeratkan tali silaturahim antara ibu bapa,
masyarakat, murid-murid dan guru. Oleh yang itu Jawatankuasa dan guru hendaklah bijak untuk merancang
sesuatu aktiviti yang kreatif dan berfaedah yang boleh melibatkan semua pihak
masyarakat. Aktiviti penglibatan ini dapat memberi kebaikan kepada murid-murid,
guru-guru, ibu bapa dan masyarakat sendiri.
Antara kebaikan penglibatan ini kepada murid-murid adalah
mereka dapat melihat peranan ibubapa yang berbeza iaitu sebagai guru.
Murid-murid dapat berkenal mesra, bersoal jawab dengan orang dewasa berkenaan
sesuatu pengalaman ataupun pengetahuan kerana ibu bapa datang daripada pelbagai
latar belakang pekerjaan dan murid-murid dapat lebih perhatian daripada orang
dewasa ketika menjalankan aktiviti kumpulan di mana nisbah kanak-kanak
berbanding dengan orang dewasa adalah kecil.
Kebaikan penglibatan kepada guru adalah guru akan mendapat
buah fikiran dan maklum balas secara terus daripada ibubapa apabila hendak
menjalankan aktiviti. Guru dapat berkongsi masalah dan bersoal jawab bagi
meningkatkan perkembangan murid-murid serta menjadi perhubung antara ibu bapa,
masyarakat dan sekolah, dengan ini guru dapat belajar dan meningkatkan
pengetahuan hasil interaksi yang mempunyai pelbagai latar belakang pekerjaan
dan pendidikan serta dapat sokongan dalam setiap aktiviti yang dijalankan
terutama yang melibatkan tenaga dan bantuan kewangan.
Kebaikan penglibatan kepada ibu bapa dan masyarakat pula
adalah ibu bapa dan masyarakat dapat melihat sendiri tingkalaku anak disekolah
dan berpeluang mempelajari cara atau kaedah guru mengatasinya. Mereka lebih
memahami kurikulum dan aktiviti yang dipelajari dan boleh menyambung aktiviti
susulan ataupun aktiviti rangsangan serta dapat bersoal jawab, berkongsi
masalah dan meningkatkan ilmu pengetahuan.
Antara cadangan aktiviti-aktiviti penglibatan ibu bapa,
masyarakat, murid-murid dan guru adalah seperti membuat perjumpaan. Perjumpaan
ibu bapa boleh dibahagi kepada 3 kategori, iaitu diperingkat awal, pertengahan
dan akhir tahun. Peringkat awal perjumpaan dilakukan pada sesi awal persekolah
yang bertujuan untuk guru menerangkan hal-hal berkenaan tabika, kakitangan,
kurikulum, aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan pengurusan fizikal tabika.
Peringkat pertengahan pula bertujuan untuk ibu bapa dan guru boleh berbincang
berkenaan perkembangan murid-murid berdasarkan penilaian secara berterusan yang
dijalankan oleh guru dan pada peringkat akhir perjumpaan bertujuan
memnbincangkan aktiviti penyampaian sijil, kelas penggukuhan akhir tahun dan
sebagainya boleh diusahakan, usaha ini dapat mendekatkan masyarakat dengan
Tabika.
Jawatankuasa Tabika dan guru juga boleh merancangkan
mengadakan Bengkel keibubapaan dimana bengkel ini bertujuan untuk meningkat
pengetahuan, berkongsi ilmu dan pendapat serta memberi pendedahan kepada ibu
bapa dan masyarakat tentang pentingnya pendidikan awal kanak-kanak,
perkembangan awal kanak-kanak, makanan seimbang, keselamatan dan kesihatan
serta membantu memperkukuhkan pendidikan anak-anak dirumah supaya terdapat kesinabungan
pendidikan antara tabika dan rumah, termasuk membantu guru membina bahan bantu
mengajar untuk guru. Dalam bengkel ini kita boleh melibatkan agensi-agensi luar
seperti Pegawai Kesihatan, Pegawai Pendidikan, Pegawai Pertahanan atau Bomba
dan sebagainya untuk menyampaikan ceramah yang berkaitan dengan bengkel.
Selain daripada itu, aktiviti yang juga memerlukan
penglibatan ibu bapa, masyarakat, murid-murid dan guru adalah membantu guru
dalam aktiviti kokurikulum seperti Hari Potensi, sukaneka, lawatan, Majlis
Konvokesyen dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian dengan masyarakat setempat.
Bagi Hari Potensi adalah bertujuan mengasah bakat yang ada pada murid-murid dan
melalui aktiviti ini juga diharap dapat meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak
apabila berhadapan dengan orang ramai. Acara bagi program ini seperti
bercerita, Story Telling, Berpidato, tilawah Al Quran, Berteater ,Boneka
Tangan, Reka Cipta, Tarian, Bola Jaring, Futsal, Gerak Kreatif dan Silat.
TABIKA KEMAS Taman Sukma bergiat aktif setiap tahun untuk turut serta dalam
Program Hari Potensi dengan ini kelas tarian dan silat telah ditubuhkan.
Kelas-kelas ini mendapat sambutan yang merangsangkan, kerjasama ibu bapa dan
masyarakat dalam membantu guru bagi melibatkan diri dalam melatih serta menyediakan
keperluan untuk pertandingan, menampung kos pembelanjaan dan sebagainya amatlah
menggalakkan. Pada tahun 2010 murid-murid TABIKA KEMAS Taman Sukma dibawah
bimbingan saya dan guru-guru TABIKA KEMAS Taman Sukma serta bantuan daripada
Jawatankuasa Tabika, ibu bapa dan masyarakat telah berjaya mewakili
TABIKA-TABIKA KEMAS Negeri Sarawak
keperingkat Kebangsaan Hari Potensi TABIKA-TABIKA KEMAS di Politeknik Tanjung Malim Perak dalam acara
tarian dan pada tahun 2013 sekali lagi murid-murid TABIKA KEMAS Taman Sukma
telah berjaya mewakili TABIKA-TABIKA
KEMAS Negeri Sarawak keperingkat Kebangsaan Hari Potensi TABIKA-TABIKA
KEMAS di UITM Merbuk Kedah dalam acara Silat dan mendapat tempat ketiga.
Kejayaan ini adalah berkat kerjasama daripada murid-murid, guru-guru, ibu bapa,
masyarakat, Yang Berhormat serta Jabatan KEMAS. Dengan kejayaan-kejayaan ini
telah menambah minat ibu bapa dan masyarakat untuk menghantar anak-anak mereka
ke Tabika kami selain itu dengan mengadakan aktiviti-aktiviti seperti sukaneka,
lawatan, Majlis Konvokesyen dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian dengan
masyarakat setempat juga memberi kesan kepada kecenderungan untuk menghantar
anak-anak ke Tabika ini.
Perkongsian juga perlu dalam memasyarakatkan Tabika dan ia
juga memerlukan penglibatan semua masyarakat. Iltizam atau komitmen untuk
membina perkongsian bermaksud perkongsian ilmu pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman dalam usaha memenuhi keperluan setiap murid serta keperluan
keluarga. Perkongsian dapat memberi banyak kebaikan kepada semua dalam
kecemerlangan sesebuah Tabika. Untuk memastikan pencapaian akademik mahupun
pengurangan masalah disiplin, Tabika dan masyarakat perlulah bersedia untuk
berkongsi idea, tenaga, dan ilmu untuk mendapatkan penyelasaian kerana kita
juga tahu golongan masyarakat juga terdiri dari pelbagai jenis bidang profession.
Jadi bagi yang berkhimat dalam bidang profesional contohnya peguam. doktor.
jurutera dan lain-lain lagi sudah semestinya idea-idea yang dikemukan sedikit
sebanyak dapat membantu pihak Tabika untuk meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran. Terdapat berbagai cara bagaimana
perkongsian ibu bapa, masyarakat dan guru dapat dilaksanakan iaitu dengan
membantu guru mengajar atau membuat demonstrasi dalam aktiviti lukisan dan
kraftangan, masakan, muzik dan nyanyian, bercerita, berbincang menyediakan alat
bantu mengajar, menyediakan sudut-sudut pembelajaran serta membantu menyelaras
program yang berkaitan dengan masyarakat serta menyediakan program menceriakan serta meningkatkan keindahan, keselamatan dan kebersihan dan
keceriaan Tabika melalui aktiviti gotong-royong, sumbangan kewangan dan bahan
untuk mengindahkan lanskap Tabika.
Tabika juga hendaklah melibatkan
diri secara aktif dalam program yang dianjurkan oleh masyarakat setempat
seperti turut serta dengan aktiviti anjuran AJK Masjid, JKKK Kampung, PBB,
pihak Kesihatan dan sebagainya bertujuan merapatkan hubungan silaturahim, bertukar-tukar fikiran dan maklumat, bekerjasama
dalam masyarakat dan sebagainya.
Tidak dapat dinafikan lagi sekolah dan masyarakat adalah saling
memerlukan diantara satu sama lain dalam apa jua bentuk bagi melahirkan
golongan cerdik pandai yang bakal memimpin negara kelak dimana percapaian
murid-murid bukan sahaja bergantung kepada prestasi Tabika tetapi banyak juga
dipengaruhi oleh cara hidup murid-murid serta kegiatan pertubuhan didalam
masyarakatnya. Ibu bapa dan masyarakat merupakan pengaruh sosial yang besar
terhadap percapaian persekolahan anak-anak mereka. Anspirasi dan harapan ibu
bapa dan masyarakat terhadap masa depan anak-anak mereka memainkan peranan
penting untuk mendorong anak-anak mereka supaya berusaha lebih giat lagi untuk
mencapai prestasi yang tinggi, baik didalam bidang akademik mahupun didalam
bidang kokurikulum. Begitu juga dengan
sesebuah Tabika memainkan peranan yang penting bagi melahirkan murid-murid yang
cerdik dan cemerlang dimana guru yang mempunyai aspirasi tinggi akan berusaha
bersungguh-sungguh untuk meningkatkan percapaian persekolahan murid-muridnya
seperti menjalankan tugas dengan sempurna, menguruskan sekolah dengan baik,
kemas dan sistematik, berusaha menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang
lengkap. Dibawah bimbingan guru yang baik, berpengalaman dan berdedikasi,
murid-murid tentu akan dapat kejayaan dan kemajuan dalam pelajaran serta dalam
penglibatan kokurikulum mereka.
Kegiatan pertubuhan sesebuah Tabika juga memainkan peranan yang
besar terhadap kejayaan aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dijalankan untuk
meningkatkan kejayaan murid-murid. Jawatankuasa yang aktif boleh memberi
sumbangan untuk meningkatkan percapaian murid-murid dengan menganjurkan
berbagai-bagai aktiviti yang berfaedah seperti pertandingan yang berkaitan dengan
kurikulum dan kokurikulum.
Justeru itu, saya rumuskan disini bahawa
sekolah dan masyarakat adalah dua entiti yang saling memerlukan dan komplimen
antara satu sama lain. Persefahaman dan kerjasama dari semua pihak amatlah
diperlukan antara satu sama lain dan bukan hanya bergantung kepada satu pihak
sahaja dalam memainkan peranan masing-masing agar dapat mencapai matlamat
tertentu.